Ayda Jebat Sah Isteri Nabil Mahir Dengan Sekali Lafaz

Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat (29) sah bergelar isteri kepada pengacara, Nabil Mahir di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, kira-kira jam 3.28 petang tadi.

Penyanyi yang popular dengan lagu Pencuri Hati itu dinikahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Rozimi Zamri.

Mengikut rutin normal baharu, majlis pernikahan berlangsung dalam suasana sederhana dan hanya dihadiri ahli keluarga dan tetamu terdekat kedua belah pihak.

Dalam majlis tersebut, Nabil menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dari pihak Ayda dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas.  Walau bagaimanapun, jumlah hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Memetik laporan Xtra.com, Aydayang ditemui usai majlis akad nikah memanjatkan kesyukuran kerana majlis berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, walaupun kini kita berada di dalam norma baharu, syukur majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

“Di sebalik pandemik COVID-19 yang membataskan banyak perkara, kami memilih untuk melangsungkan yang wajib dulu.  Terima kasih buat semua yang mendoakan,”katanya.

Menurut Ayda, dia bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri dan tidak menolak seandainya diberi rezeki untuk menimang cahaya mata dalam waktu terdekat.

“Ini adalah perkara baharu dalam hidup kami sebagai suami isteri. Saya dan Nabil percaya akan ada banyak dugaan serta cabaran yang bakal ditempuh.

“Jujurnya, kami sudah lama impikan saat ini dan juga sudah bersedia untuk menimang zuriat secepat mungkin, insya-Allah,” katanya lagi.

Sekadar info,  Nabil atau nama penuhnya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir (33) melamar Ayda di hari ulang tahun kelahiran penyanyi itu tahun ini selepas menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan selepas hubungan cintanya dengan pelakon dan model, Sarah Hildebrand putus di tengah jalan selepas bercinta selama beberapa tahun.

Pada 28 April lalu, pasangan ini melangsungkan majlis pertunangan secara atas talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada 18 Mac 2020.

Kredit: Xtra.com.my & Instagram @aydajebat

Read Previous

Gogopasar Prihatin Nasib Zoo Negara

Read Next

Manisnya Anak Aiman, Zahirah Berlesung Pipit!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *