Manisnya Anak Aiman, Zahirah Berlesung Pipit!

Dalam diam, rupanya pasangan pelakon popular, Aiman Hakim Ridza dan isterinya, Zahirah MacWilson telah pun menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka, seorang putera, pada Isnin lalu di Perth, Australia.

Mereka memuat naik foto bayi lelaki mereka di akaun Instagram masing-masing dan menyifatkan kelahirannya sebagai hadiah terbaik pernah mereka terima.

“Alhamdulillah, pada 5 Januari lalu bayi lelaki kami selamat dilahirkan jam 2.26 petang (waktu tempatan).  Kami terharu melalui saat indah ini bersama sepanjang dalam bilik bersalin hingga menunggu kelahirannya, sebagai ibu bapa baharu.

“Ia satu perjalanan terbaik yang penuh dirahmati dan kami sangat teruja untuk menerokai setiap pengalaman untuk detik istimewa ini.  Syukur Alhamdulillah,” tulis mereka.

Pada Oktober tahun lalu, Aiman dan Zahirah mengambil keputusan untuk berangkat ke Australia dan menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka di negara tersebut kerana peningkatan kes Covid secara mendadak di Malaysia.

Memandangkan ibu dan adik-beradik Zahirah menetap di Australia, dia juga tidak akan mengalami masalah dalam melalui proses berpantang kerana di kelilingi ahli keluarga tersayang.

Pasangan ini mula dipertemukan ketika membintangi drama Curi-Curi Cinta pada 2019 dan seterusnya mengikat tali pertunangan dan kemudian bernikah pada 20 Februari 2020 di Petaling Jaya.

Terdahulu, Zahirah pernah digosipkan dengan pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin dan Aiman juga pernah dikatakan menjalin hubungan cinta dengan pelakon Fathia Latiff.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Kredit: Instagram @zahirahmacwilson

Read Previous

Ayda Jebat Sah Isteri Nabil Mahir Dengan Sekali Lafaz

Read Next

GOGOPASAR Sumbang 5 Tan Ayam Segar Kepada Mangsa Banjir di Pahang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *