GOGOPASAR Sumbang 5 Tan Ayam Segar Kepada Mangsa Banjir di Pahang.

Kuantan, 20 Januari – GOGOPASAR menyumbang sebanyak 5 tan (hampir 5,000 ekor) ayam segar kepada mangsa-mangsa banjir Pahang melalui 3 fasa Misi Bantuan Banjir bermula Rabu lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif GOGOPASAR, Lynn Alias, berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada masa ini tidak menghalang GOGOPASAR untuk menubuhkan pasukan GogoCare bergabung dengan Yayasan Peace Malaysia bagi ketiga-tiga misi tersebut.

Majlis penyerahan sumbangan GOGOPASAR hari ini berlangsung di Kompleks IPK Kuantan turut dihadiri Ketua Polis Pahang, Dato’ Abd. Jalil Hassan.

“Alhamdullillah kami amat bertuah dan bersyukur sekali kerana bantuan banjir yang diberikan oleh Gogopasar kepada IPK Pahang ini dapat membantu meringankan serba sedikit beban yang ditanggung oleh anggota-anggota Polis yang menjadi mangsa banjir. Kami berharap agar kerjasama antara polis dan Gogopasar akan berterusan dari masa ke semasa,” kata Dato’ Sri Abd. Jalil Hassan.

“Misi Pertama pada Rabu lepas tertumpu di beberapa pusat penempatan sementara dan pusat pengumpulan bantuan banjir di sekitar Kuantan dan Pekan khususnya di Sekolah Menengah Mat Kilau, Kompleks Penghulu Kuala Kuantan 2, Kompleks Penjara Penor, Sekolah Menengah Ubai dan Masjid Al-Mutaqqin, Tanah Putih,” kata Lynn.

Tambah beliau, misi kedua kali ini tertumpu di pusat agihan di Kompleks IPK Kuantan dan mereka turut berbesar hati kerana mendapat sokongan MAIWP yang menyumbangkan ‘face mask’ dan ‘hand sanitizer’ melalui Yayasan Takwa.

“GOGOPASAR akan ke Jerantut pula untuk misi terakhir pada minggu depan. Kami di GOGOPASAR sememangnya amat komited dalam misi-misi kemanusian seperti ini,” katanya lagi.

Misi pertama Rabu lepas telah memperlihatkan seramai 25 orang pegawai GOGOPASAR diketuai Lynn Alias yang turut disertai Pengerusi Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa, Dato’ Dr. Fathul Bari dan Pengasas Yayasan Peace Malaysia, En. Amirul Fahmi.

Pihak FGV Holdings Berhad telah menyumbang sebanyak RM100,000 melalui GOGOPASAR, disamping ANF Sdn. Bhd. dan GOGOPASAR sendiri turut menyumbang sejumlah RM30,000 dan RM50,000 dalam bentuk barang makanan harian seperti beras, santan kotak, minyak masak, mi segera, kicap dan sos keluaran SAJI.

GOGOPASAR turut mengalu-alukan sumbangan dari mana-mana pihak yang berhajat melalui misi bantuan kecemasan banjir ini kerana masih ramai rakyat yang terjejas dan memerlukan bantuan.

Orang ramai boleh menyalurkan bantuan melalui butang “Donate Now” di laman sesawang www.gogopasar.com

Kredit: Gogopasar.com

Read Previous

Manisnya Anak Aiman, Zahirah Berlesung Pipit!

Read Next

Dibandingkan Dengan Norlia Ghani, Kavita Naik Berang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *