Dibandingkan Dengan Norlia Ghani, Kavita Naik Berang

Pelakon dan model jelita, Kavita Kaur Sidhu merasa sedih apabila tersebar ciapan di Twitter yang membandingkannya dengan bintang veteran, Norlia Ghani. Ini gara-gara seorang netizen yang telah membandingkan kejelitaan Kavita yang berusia 49 tahun dengan wanita berusia 30 tahun tetapi memiliki penampilan persis pelakon veteran itu.

Kavita menasihati netizen supaya berhenti mengulang ciap mesej tersebut dan menghormati Norlia sebagai seorang pelakon veteran yang juga mempunyai anak-anak dan cucu-cucu yang boleh membaca ciapan tersebut.

“Berhentilah merendahkan orang lain.  Hormatilah Norlia sebagai warga emas, bintang filem veteran dan ibu kepada anak-anaknya.

“Henti ulang ciap mesej yang tidak menghormati wanita lain.  Anda suka jika netizen melempar kata-kata menyakitkan mengenai ibu, ibu saudara atau kawan wanita kamu?” tulis pelakon Mimpi Moon itu di akaun Instagram miliknya.

Tambahnya lagi, “Norlia adalah ibu kepada kawan saya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kavita Sidhu (@kavita_sidhu)

Memetik laporan BH Online yang menghubungi pelakon veteran itu, Norlia yang terkenal dengan watak Joyah dalam drama bersiri Opah terbitan 1980-an mengakui dirinya terkejut apabila mengetahui dirinya trending di Twitter.

“Cucu Mama menunjukkan paparan skrin dan akaun Twitter menyebut nama Mama yang trending. Tidak sangka, selama ini, hanya artis muda dan popular yang tular di laman sosial.  Sekarang Mama pula jadi perhatian,” katanya kepada BH Online.

Walau bagaimanapun, Norlia tidak berkecil hati dengan apa yang terjadi memandangkan ada perkara yang lebih penting untuk difikirkan lebih-lebih lagi apabila negara sedang dilanda pandemik.

“Namun, Mama tidak ambil serius atau ambil ‘pot’.  Banyak lagi perkara yang perlu kita fikirkan ketika berdepan pandemik COVID-19.

“Tak jadi kudis pun…Mama tahu ada yang mempertahankan Mama sebagai artis senior,”katanya pemenang trofi Pelakon Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2002 itu.

Kredit: BH Online & Instagram @kavita_sidhu & @norliaghani

Read Previous

GOGOPASAR Sumbang 5 Tan Ayam Segar Kepada Mangsa Banjir di Pahang.

Read Next

Duit Lesap, Barang Tak Dapat! Penipuan Atas Talian Makin Menjadi-jadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *