Paris Hilton Jalani IVF, Mahu Anak Kembar

Paris Hilton, selebriti Hollywood yang terkenal menerusi rancangan televisyen realiti, The Simple Life mendedahkan yang dia kini di dalam proses mendapatkan cahaya mata menerusi kaedah rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

Hilton (39) yang sudah berpacaran selama 13 bulan bersama kekasihnya, Carter Reum berharap mereka dikurniakan anak kembar.

“Kami sedang melakukan rawatan IVF, jadi saya boleh pilih untuk mempunyai anak kembar sekiranya saya berminat.  Saya dan Reum mempunyai perancangan untuk berkahwin.

“Malah kami juga sudah ada nama untuk bayi kami.  Saya begitu teruja untuk melangkah ke peringkat seterusnya dalam hidup saya dan akhirnya kehidupan saya bakal sempurna,” katanya ketika ditemu bual menerusi program The Trend Reporter oleh hos, Maria Schiavocampo baru-baru ini.

Menurut Hilton lagi, dia mengetahui tentang IVF setelah dinasihati teman dan selebriti sensasi, Kim Kardashian.

“Saya tidak pernah tahu mengenai rawatan IVF ini.  Kim yang memperkenalkan doktor yang pernah merawatnya sebelum ini kepada saya,” katanya.

Hilton memaklumkan, dia sudah selesai menjalani prosedur pengambilan sel telur.

“Proses tersebut tidak mudah tetapi saya percaya ianya berbaloi.

“Mujur Reum begitu positif dan sentiasa memberikan sokongan tanpa henti.  Dia selalu membuat saya berasa bagaikan seorang puteri setiap saat dan ini membuatkan rawatan yang dilakukan tidak membuat saya rasa teruk,” tambah Hilton.

Hilton juga bahagia kerana akhirnya menjumpai pasangan yang sesuai dengannya.

“Saya sangat teruja untuk ke fasa seterusnya dalam hidup saya kerana saya percaya kehidupan berkeluarga dan mempunyai anak adalah pelengkap kepada sebuah kehidupan…akhirnya saya jumpa orang yang sesuai untuk mendapatkan kasih sayang dari saya. Jadi saya tidak sabar untuk ke peringkat seterusnya.”

Kredit: hollywoodlife.com & Harian Metro

Read Previous

Duit Lesap, Barang Tak Dapat! Penipuan Atas Talian Makin Menjadi-jadi

Read Next

Scha Alyahya Selamat Lahirkan Baby ‘L’!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *