Scha Alyahya Selamat Lahirkan Baby ‘L’!

Tatkala kaum Cina menyambut perayaan Tahun Baru Cina hari ini, pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya pula menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka, seorang bayi perempuan seberat 3.2kg pada jam 9.15 pagi tadi di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

Mereka mengumumkan berita gembira itu menerusi akaun Instagram masing-masing dan memuat naik foto bersama puteri baharu mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya)

“Kami bersyukur di atas amanat ini, dan berterima kasih di atas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal dan Lara sekeluarga.

“Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari, dan insya-Allah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak,” tulis mereka.

Scha dan Awal turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakan keluarga mereka dan memohon maaf kerana tidak dapat menerima kunjungan pelawat disebabkan SOP (Standard Operating Procedure) yang ditetapkan sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mei 2012 dan mempunyai seorang puteri bernama Lara Alana yang menginjak usia 7 tahun. Apa agaknya nama adik Lara ye? Tak sabar nak tahu nama penuh Baby ‘L’!

Kredit: Instagram @schaalyahya

Read Previous

Paris Hilton Jalani IVF, Mahu Anak Kembar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *